Nama Perniagaan : Suriani Nasi Kukus
Alamat : Jalan Hospital, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon : 013-910 0012
Sebuah lagi restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan ialah Suriani Nasi Kukus. Terletak di Kota Bharu, restoran ini juga menawarkan antara nasi kukus terbaik di Kelantan.
Restorannya luas dan selesa dengan ruang makan open air. Suasananya yang santai membuatkannya menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera. Dengan penggunaan warna kuning sebagai tema restoran, tentunya ia memikat perhatian ramai. Apa lagi bile mereka terhidu aroma enak apabila lalu di kedai ini.