MENU POPULAR
ROTI TITAB KOPITAM KITA
Nama Perniagaan : Kopitiam Kita
Nama Pemilik : N.H. Wong
Facebook :https://www.facebook.com/KopitiamKitaRotiTitab/
Kedai makan “Kopitiam Kita” boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu. Kiranya, macam menjadi “one stop center” mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini. Di sebalik beraneka menu sarapan pagi seperti nasi dagang, nasi kerabu dan nasi berlauk, makanan yang amat disyorkan bagi pengunjung ke ibu negeri ini ialah ‘Roti Titab’. Ia merupakan sajian istimewa Kopitiam Kita, yang diilhamkan pemiliknya Wong Nye Hua, 61, dan baru sahaja dipatenkan.Wong Nye Hua memulakan perniagaan kopitiam itu 13 tahun lalu, Wong mendapat idea untuk memperkenalkan roti titab pada 2010 setelah melawat China. “Saya melawat China semasa kedai saya ditutup dalam bulan puasa dan semasa di sana berpeluang merasakan sarapan roti yang menarik minat saya,” katanya. Sekembalinya ke Kota Bharu, beliau menambah baik menu itu dengan menggunakan kaya buatan sendiri yang diletakkan di setiap penjuru roti empat segi yang disapu marjerin dengan telur separuh masak di tengah-tengahnya.
(Sumber: https://mediapermata.com.bn/roti-titab-jadi-pilihan/ )