Kisah Kejayaan
Q1 2019 Kisah Kejayaan Normaliza Hasan
3 March 2019

USAHAWAN KATIL BAYI (BARANG KEPERLUAN)
| Nama |
Normaliza Binti Hasan |
| Umur |
37 |
| Lokasi |
Pusat Internet Tanjung Mas |
| Facebook |
Co Sleeper / Katil Baby Malaysia |
|
Latar belakang
|
Puan Normaliza merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau merupakan penjual pelbagai jenis katil bayi di kawasan Kota Bharu dan juga luar negeri secara dalam talian. Selain itu, beliau juga menjual barangan keperluan bayi. Jadi, dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Tanjung Mas serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT.
|
|
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi.
|
|
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.
|
|