Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan.
Oleh itu, bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:
|
No. |
Tajuk Subtema |
Tarikh Pertandingan |
|
1 |
#MyCuisine |
Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018); |
|
2 |
#MyDestination |
Mac hingga April |
|
3 |
#MyCulture |
Mei hingga Jun |
|
4 |
#MyShopping |
Julai hingga Ogos |
|
5 |
#MyHeritage |
September hingga Oktober |
|
6 |
#MyFamilyFun |
November hingga Disember |
