mcmc
Keusahawanan

Pak Mat Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu

b084

Nama Perniagaan : Pak Mat Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu

Alamat                   : Pulau pisang,jln kuala besar,15350 kota bharu,kelantan

No. Telefon            : 013-919 8131

Facebook               : Warung Pak Mat Pulau Pisang

Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia menggunakan tepung susu yang dicampur sedikit madu yang menghasilkan buih. Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas memberikan rasa yang sangat enak. Tambahan pula, rasanya yang kaya dengan kemanisan tersendiri menjadikan rasa teh tarik madu lain daripada yang lain. Kebanyakan pelanggan pasti akan memesan lebih daripada segelas kerana keunikan rasanya. Warung ini juga mempunyai resipi turun temurun yang menjadi perhatian orang ramai iaitu sup kepala ikan. Keunikan sup kepala ikan di warung Pak Mat ialah isi ikan dan dagingnya yang lembut, ditambah pula dengan sup yang mengandungi campuran perencah rahsia keluarga Pak mat. Sup yang sedap ini lebih menyelerakan jika dimakan bersama nasi putih.