
MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI
Siri 38: Rahmat Allah SWT Berkaitan Pahala dan Dosa
Hadis Qudsi ini menjelaskan bahawa Allah SWT bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Allah SWT memberi ganjaran berganda atas kebaikan yang dilakukan hamba-Nya dan tidak menggandakan balasan kejahatan.
Setiap Muslim yang berniat untuk melakukan kebaikan akan mendapat pahala malahan jika berniat melakukan kemungkaran tidak mendapat dosa selama mana dia tidak melakukan kemungkaran tersebut. Bahkan Allah SWT akan memberikannya pahala disebabkan meninggalkan perlakuan mungkar.
#Hadis40dihatiku
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi