mcmc
Keusahawanan

Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan

Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan Kelantan Gambar Restoran

Nama Perniagaan : Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan

Alamat                   : 2, Jln Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

No. Telefon            : 019-968 7878

Warisan Nasi Kukus merupakan sebuah restoran nasi kukus yang mempunyai cawangan di serata negara. Jadi, tidak hairanlah mereka sudah terkenal. Namun, yang berada di Kelantan, hanya satu dan ia terletak di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.

Kalau anda nak tahu, perniagaan nasi kukus ini telah bermula sejak tahun 1972 dan sehingga kini, ia bukan sahaja masih berniaga, malah ia semakin berkembang. Dengan gerai-gerai kecil dibuka di sekitar ibu kota dan Selangor, Warisan Nasi Kukus sudah menjadi jenama Nasi Kukus yang terkenal.