Program hari terbuka di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah diadakan pada 21-22 Ogos 2019. Pusat Internet Tanjung Mas telah djemput untuk hadir di hari terbuka bertujuan untuk menyebarkan dan berkongsi maklumat tentang siaran digital (myfreeview) kepada para pengguna supaya mereka memperolehi maklumat tentang cara pemasangannya. My TV merupakan inisiatif kerajaan dalam proses untuk memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Oleh itu, masyarakat perlu ambil perhatian tentang inisiatif ini. Flyers atau poster MyFreeview boleh didapatkan di Pusat Internet yang berdekatan.