mcmc
Makanan

Pak Mat Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu

b084

MENU POPULAR

PAK MAT TEH TARIK MADU

                                                      

PAK MAT SUP KEPALA IKAN

                                       457556 3 M2aUTsMRQxgckkue8FxgvzXDk40BOWVQP1CNBfANI

Nama Perniagaan : Pak Mat Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu     

Nama Pemilik        : Nik Mohd Noor Muhamad (Pak Mat)

Facebook              : https://www.facebook.com/pokmat.kaknie

 

Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia menggunakan tepung susu yang dicampur sedikit madu yang menghasilkan buih. Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas memberikan rasa yang sangat enak. Tambahan pula, rasanya yang kaya dengan kemanisan tersendiri menjadikan rasa teh tarik madu lain daripada yang lain. Kebanyakan pelanggan pasti akan memesan lebih daripada segelas kerana keunikan rasanya. Selain itu, di warung ini juga mempunyai resipi turun temurun yang menjadi perhatian orang ramai iaitu sup kepala ikan. Keunikan sup kepala ikan di warung Pak Mat ialah isi ikan dan dagingnya yang lembut, ditambah pula dengan sup yang mengandungi campuran perencah rahsia keluarga amat. Sup yang sedap ini lebih menyelerakan jika dimakan bersama nasi putih. Beliau mewarisi resipi unik ini daripada arwah ibunya, Nik Zainab Nik Mud. Teh tarik madu dan sup kepala ikan ini telah berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar. 

(Sumber:https://www.tempatmenarik.my/teh-tarik-madu-pak-mat-tempat-makan-menarik-di-kota-bharu/)