mcmc
Maklumat Am

LAWATAN YBhg. DATUK SERI SOLLEHUDDIN ALYUBI ZAKARIA (Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, ) KE NADI TANJUNG MAS

Kota Bharu, Kelantan | 8 Ogos 2025 – YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, diiringi oleh delegasi daripada ICU dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), telah mengadakan lawatan rasmi ke NADI Tanjung Mas.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memberi pengenalan secara dekat mengenai peranan, fungsi serta pelbagai inisiatif di bawah Perkhidmatan Pintar NADI yang dilaksanakan bagi memperkasa komuniti setempat, khususnya melalui program pembangunan digital dan sosioekonomi yang inklusif.

Melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI, masyarakat setempat kini dapat mengakses peluang pembelajaran sepanjang hayat, mendapatkan info yang tepat dan terkini bagi inisiatif kerajaan, serta menjadikan pusat ini sebagai pemangkin pertumbuhan komuniti digital yang progresif dan inklusif.

NADIMCMC #PerkhidmatanPintarNADI