
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍
𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐘𝐀 @ 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pihak NADI Tanjung Mas dengan sukacitanya menjemput para usahawan serta komuniti setempat yang berminat untuk menyertai Bazar Raya 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🗓 14 Mac 2026
🕘 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Mas
✨ Penyertaan dibuka kepada peniaga:
- Makanan & minuman
- Kuih / biskut raya
- Makanan tradisi Aidilfitri
- Produk atau perkhidmatan berkaitan Aidilfitri
📌 Slot terhad kepada 10 usahawan sahaja bagi memastikan susun atur gerai lebih tersusun, selesa dan mesra pengunjung.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk masing-masing di samping memeriahkan sambutan menjelang Aidilfitri bersama komuniti setempat.
📲 Berminat untuk menyertai?
Hubungi / WhatsApp kami di:
011-6259 1420
Tempat adalah terhad — cepat daftar sebelum penuh!
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.